Suspension! Pesawat MAS terbang rendah sekitar KL

Semalam ketika gua overtime kat opis, gua terdengar bunyik kapal terbang. Gua terasa sangat pelik, tak pernah lagi dengar bunyik kapal terbang sekuat itu kat Kolumpo ni. Kalau dok kat KLIA pun belum tentu boleh dengar bunyik sekuat itu. Lantas gua pegi ke tingkap pandang kat luar, gua nampak satu kapal terbang MAS ni, tak sure boeng 747 atau 737, terbang rendah gila. Mati-mati gua ingat nak terhempas.

Ini gambar betul pada hari kejadian, bukan sekadar hiasan. Credit to tuan empunya yang gua tak ingat sapa punya, yg kebetulan bercerita benda yang sama.

Rupa-rupanya….

Pesawat MAS terbang rendah bawa anak yatim lihat pemandangan
01/05/2010 9:00pm

KUALA LUMPUR 1 Mei – Warga kota hari ini dikejutkan dengan kelibat sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747-400 yang terbang rendah berlegar-legar melintasi bangunan pencakar langit di ibu kota.

Pesawat yang boleh memuatkan ratusan penumpang itu juga melewati beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang untuk beberapa minit dan ini menimbulkan pelbagai andaian sehingga pejabat Bernama menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan kemungkinan pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun seorang jurucakap MAS ketika dihubungi menjelaskan bahawa pesawat itu sebenarnya sedang membawa anak-anak yatim di bawah program amal “Sensasi Sabtu” anjuran Jabatan Haji dan Sewa Khas, MAS.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.15 tengah hari dengan membawa 300 orang kanak-kanak dari Asrama Damai Kuang, Rumah Anak Yatim As-Shakur Bandar Tasik Putri, Persatuan Anak Yatim Kg Medan dan House of Joy Puchong serta anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anak anggota Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. – Bernama

p/s : Memang agak mengejutkan MAS boleh benarkan kapal terbang sebesar itu untuk terbang serendah itu. Sepatutnya tak boleh allow mana-mana pesawat terbang rendah. Dia ada planned coordinate dia masing-masing. Gua pernah tengok kat control tower, mmg tiap2 pesawat ada designated coordinate route. Tak boleh sebarangan menyimpang daripada route yg ditetapkan.

Apa pun, MAS memegang rekod terbaik dunia zero terhempas. Runway overun tu biasa laa. Cuma ada 1 kes ajer pesawat mas terhempas tu pun sebab rampasan kapal terbang yang terhempas di tangjung kupang pada tahun 70an, mengorbankan ramai vip malaysia.

Comments are closed.